Thursday, April 17, 2014

Bersediakah Mereka

Bersediakah mereka... untuk ditempatkan di transit?

Inilah wajah ceria bila mereka bersama.. 


Hadiah Surprise Anje buat Mommy. :) Tq 
Katanya "Keluarga Bahagia."


Alhamdulillah
~Bidadari

Mommy & Kerjaya

Dengar je nama agen pembantu rumah yang awal-awal lagi telah letakkan harga RM8000 hingga RM9000, terus rasa serik.. pengit.. 
Dah la terbang RM11K dengan agen + RM750 denda imigresen... 
Ni nak bayar lagi RM9000 untuk Maid Indon? :( Oh rasanya berat pada TIDAK!!!

RM20K bukan sikit tau... macam macam boleh buat... kalau setiap 2 tahun cuba hubby bagi duit "Nah! RM20K untuk tahun ni, belanja" kan best shopping... macam -macam boleh beli, ganti baru... ada juga depan mata dan rasa puas hati.. 

Sebab tu ramai sekarang ambil tindakan letakkan anak di Transit dan berhenti kerja. Keadaan sangat menekan. Kita tak boleh proses sendiri pembantu rumah. Tak sampai RM2000. Tapi WAJIB melalui agensi. jika satu kepala agensi ambil RM7000, berapa banyak mereka untung. Sebab mereka bagi training.. tipulah. sepanjang dah ambil 10 tahun ambil pempantu Indon, mana ada proper training. 

Itulah dilema orang kita bila memikirkan yang terbaik antara Mommy dan Kerjaya.

Rasanya manakah pilihan terbaik? 
Option yang ada:
1- Pembantu rumah local
2- Transit
3- Menjaga sendiri anak-anak dan sepenuh masa di rumah. 

Persoalannya BERSEDIAKAH MEREKA untuk ditempatkan di transit?

~Bidadari

Friday, April 11, 2014

My Runaway Maid :(

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. itulah salah satu yang saya pegang.. Itu adalah ujian daripada Allah. Setiap ujian itu diberikan kepada hambaNya setakat yang mampu hambaNya itu mampu menerimanya.

Bukan untuk salahkan sesiapa tetapi banyak yang boleh kita "lihat semula" dan mengenali orang di sekeliling kita.

Dah 12 tahun Bidadari guna khidmat maid (pembantu rumah).. Alhamdulillah.. macam-macam insiden tapi rasanya kali ini lah yang paling stress....
kalau bab maid:
1- ada penyakit yang tidak lulus Fomema (sebab nak cuba yang ambil dari agen kecil & buat permit sendiri)
2- ada yang baru sebulan kerja dah sakit sampai pengsan di rumah (sebab tak mau kerja)
3- maid overstay sebab proses yang lambat , kena denda RM2500 untuk maid (majikan RM5K.. alhamdulillah dapat dimaafkan).
4- maid yang termakan pujukan kawan untuk melawan majikan (setelah berkhidmat 3 tahun dan baru jumpa kawan baru).

kalau bab agency pembantu rumah:
1- janji 2 bulan jadi 3 bulan
2- dindong-dindong application tup tup tak boleh buat
3- janji bagi balik duit dapat balik separuh je (kes maid ada penyakit)

Kalau bab diri sendiri:
1- unpaid leave 8 bulan jaga anak sementara nak cari pembantu rumah.
2- hampir berhenti kerja sebab lepas unpaid leave 5 bulan macam tak ada harapan dapat pengsan dalam rumah pulak. (ishkk boleh pulak dia buat pengsan jatuh dengan gaya tidur atas lengan... panggil tak bangun.. sekali doktor datang kata nak bagi injection terus bangun.. hahahah diingatkan balik lawak pulak)

itulah, kalau nak list tu tak banyak kerenah, so far alhamdulillah...


Kenapa kali ni selepas pembantu yang baru 3 bulan lari rasa macam ada sedikit 'serik'!.

Macam sebelum ni untuk pembantu rumah Philippine (Bing) 3 tahun dulu pun harga tidak berubah RM11K. Sama jer dengan agensi ambil Bing dan agency baru yang kenal melalui pakcik Google.
Cuma agensi Bing ambil masa 2 bulan untuk dapat maid. Tapi agensi yang baru dikenali boleh bagi dalam tempoh 20 hari bekerja.
Tapi kali ni rasa macam ada konspirasi dan cukup sahaja 3 bulan maid lari dengan taxi dan diberitahu ada seorang lelaki datang bersama seorang warga asing. Peliknya macam mana dia kenal lelaki tu, macam mana mereka tahu alamat rumah? Sedangkan Si-G belum pernah keluar rumah dan tak ada contact number kecuali ibu ayah beliau.
Rasanya ini adalah sindiket untuk bawa masuk secara legal dan lari untuk tugasan lain (fikir lah sendiri).
Si-G telah meletakkan anak saya dalam bahaya bila dia lari dengan pintu dibiarkan buka, pintu grill tak kunci dan pagar terbuka sedangkan anak perempuan dan anak-anak lelaki saya di rumah. Dengan keadaan lelaki datang pickup dia.
Dah la tu, since bila kiraan hari belum cukup 90 hari bekerja, sepatutnya dapat ganti, ini replacement kena banyar RM4.5K malah tak ada guarantee. Erghhh!!!!
Kalau ambil baru dari agen Bing lagi RM11K... masih tak ada guarantee... kena lari lagi.. duit habis, hati sakit.. Sebab bila pergi ke imigresen masa kena denda (Ye majikan kena denda sebab runaway maid), pegawai kastam kata setiap hari ada laporan runaway maid Philippines. Jadi mereka rasa ini adalah sindiket... mungkin mereka telah study la tu.
Mana mereka pergi? kalau dah sindiket + libat bangsa asing... sama ada d*d*h atau p*l*c*r*n.
Biarlah dia.. malas nak fikir pasal dia... kita kena meneruskan hari-hari kita..
Apa yang diambil? so far tak ada barang yang hilang. ... cuma apa yang diambilnya sampai habis KOPI Ai-Cheong (Kopi-O) sebab itu kegemaranya.

Pasal Denda.... Ye! kita kena DENDA & HUKUMAN bayaran RM750 untuk runaway maid Philippines
Rasa agak terkilan sebab kenapa denda & hukuman , sebab dalam resit pembayaran tulis "Bayaran Pelbagai Hukuman" sedangkan kita tak dijatuhkan apa-apa hukuman pun. Maid yang lari dengan rela diri, kita dah bagi dia peluang pekerjaan dan layanan yang baik, akhirnya kita yang didenda. Lainlah kita ni yang bersalah dah confirm kita bersalah. Bayaran denda dibuat tanpa kesalahan, hanya sebab kita "wajib" laporkan kepada imigresen kita didenda. Fikirlah...

Kenapa agensi pembantu rumah tak kena pun, mereka lebih kepada lepas tangan dan dengan senang hati

Jika berlaku runaway maid:
semak:
1- bilik/almari/barangan beliau
2- semua pintu depan belakang
3- jumlah kunci
4- barang dalam rumah ada yang hilang? atau tidak...
5- no telefon (caller ID) masuk /keluar -tarikh & masa - untuk nombor yang tak kenal (bukan kawan anak, keluarga, saudara, kawan-kawan).
6- laporkan kepada agensi pembantu rumah
7- semakan dengan embassy (boleh buat melalui agensi)
tukar:
8- tukar semua kunci yang boleh
buat laporan:
9- laporkan kepada balai polis terdekat selepas semua semakan (1-5) dibuat. Beritahu no telefon yang rasa pelik kepada polis.
10- laporkan kepada imigresen & sediakan duit secukupnya (ikut maid warga negara mana). Hanya majikan (penama, nama yang tertera dalam pasport maid) boleh buat laporan di imigresen.
    a- isi borang yang disediakan oleh imigresen
    b- salinan laporan polis
    c- salinan IC majikan (penama)
    d- pasport asal
    e- surat daripada majikan.(nyatakan kita tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan beliau dikemudian hari)
  ***pastikan buatkan salinan untuk simpanan sendiri satu set jika ada kepeluan masa hadapan...mana lah tau.
11- laporkan dan serahkan passport kepada embassy
     a- passport asal
     b- surat dari majikan (nyatakan apa yang diserahkan dan tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan beliau dikemudian hari) - salinan surat ini ditandatangan & cop oleh penerima di embassy sebagai bukti serahan.
     c- salinan laporan polis
     d- salinan resit pembayaran denda imigresen
  ***pastikan buatkan salinan untuk simpanan sendiri satu set jika ada kepeluan masa hadapan...mana lah tau.



"lihat semula".... kat mana silap kita... atau next time jangan buat macam tu lagi...
1- Keadaan yang terdesak dan penuh emosi, bila buat keputusan tak banyak lihat beyond...
2- Selepas ni kalau nak kena balik kampung walaupun sekejap 1 malam takkan ku tinggal anak-anak dengan maid lagi.  
3- Ambil daripada agensi atau kenalan yang pernah ambil khidmat dariada agensi tersebut. 
4- Lock pc guna password. 
5- Lock tablet/hp daripada internet access guna aplikasi (biasa guna Super AppLock) - limitkan kepada aplikasi yang tertentu sahaja - games, youtube, No Access to FB, Twitter, Instagram, website....
6- Lock telefon, lebih selamat guna telefon yang ada memory dial. 
7- Hanya sediakan kunci yang perlu sahaja untuk maid 
8- Tindakan betul bila kita pegang pasport maid. 
9 - Tindakan betul bila kita tak benarkan dia ada hp.
10- Tindakan betul bila tidak pernah beri akses kepada maid ke master bedroom.
8- dll.. yang mana rasa perlu


"mengenali orang disekeliling kita" ... ini akan mengajar kita mengatahui siapa bersama kita semasa kita dalam kesempitan, kebuntuan .. masa sedih dan masa riang gelak ketawa..


Syukur Alhamdulillah... kasih seorang Wan (Ayah Bidadari)... tanpa kami ketahui tiba-tiba dapat panggilan dari kampung yang Wan dah on the way naik bas untuk tolong teman dan tunggu rumah sementara nak fikir macam mana nak selesaikan arrangement anak-anak. Tengok.... janganlah kita sombong kepada ibubapa bila kita senang. Rasa terharu ... dari kecil dia jaga kita ... sampai kita besar dia masih lagi menawarkan khidmat untuk jaga anak-anak kita... Allahu Akhbar! Sesungguhnya Engkau Maha Besar.  Terima kasih kepada rakan sekampung yang sudi hantar Wan ke stesyen bas.

Semoga kita terus diberi rahmatNya dan disayangiNya.

~Bidadari