Tuesday, February 25, 2014

Blender Mana Pilihan Hati

Siap ayang tak perlukan blender  zaman sekarang untuk bantu didapur.
orang yang paling suka bantu bila nak blend ni, mestilah Anje. So bila nak blend panggil jer mesti dia datang.

Bila blender dah masa untuk ditukar, masa ni lah nak cari yang baru boleh jadi teman Anje dan mummy di dapur... hmm puas browsing tapi mana yang reliable and within budget. Rasanya semua orang sama jer kan.. mesti cari yang reliable dan yang paling penting dalam budget.

Sekarang ni semua orang dapur dah jadi macam tempat untuk deco... jadi bila ke supermarket... wahhh memang syok tengok pelbagai blender ada... tapi glass. Kaca?! wow.. memang cun... cantik.. classy... berat... tapi kalu pecah sure mengamok.... ini sesuai untuk yang bukan "pengguna blender tegar"... untuk deco dapur ... sekali sekala memasak... 

Kena cari blender yang guna sesuai untuk guna almost setiap hari... Anje pulak yang nak membantu... jadi kena yang bersesuaian... senang untuk digunakan, ringan dan tidak mudah pecah. Masa pergi cari tu... Anje, Abang Jimo.. Abang Ajeem pun ada untuk cari yang mana sesuai... Bila involve kan anak-anak ni seronok.. mereka pun rasa ada contribution. Inilah masa ibu dan anak-anak. 

Akhirnya semua sependapat... 

 Philips blender 600w, 5 speed
Jumpa sahaja terus jatuh hati.
Masa beli tu harganya RM230
(mungkin berbeza mengikut kedai dan masa).

Dah beli dan memang sukalah.. blend pun halus cantik. 


Blender plastic jar
Filter juice
Dry blender
Dry chopper

Memang guna hampir setiap kali masak.. Ada je nak kisar. Antaranya....



This one like a chopper... tengok boleh jer nak blend 
untuk menu tumis ikan berlada cantik jer dia chop/cincang...sukalah.



Masa buat pankek melayu dah digaul bahan, dan dikisar sangat cantik,.. halus.. tak perlu tapis



Kepada yang rajin... inilah cara Bidadari buat sambal belacan.

Resepi Sambal Belacan
1. Kisar:  5 biji cili merah + 2 biji cili padi + belacan sebesar ibu jari + 2 sudu kecil gula + garam secukup rasa 
2. Digaulkan : Bahan kisar (1) + air asam jawa pekat (asam jawa sebesar ibu jari) + 1 potong limau nipis


Note: garam letak sedikit dahulu nanti masin, setengah belacan dah masin.   

Boleh ke jatuh hati pada blender???

Oh ye.. perasan tak...satu perkara yang saya bernasib baik... wayar ke soket tu agak pendek. Tapi kira alhamdulillah sebab untuk kes saya doket dekat dengan tempat nak mengisar.

~Bidadari

No comments:

Post a Comment