Semalam merupakan perjumpaan pertama TSAZAIC G8 selepas kembali daripada Semporna, Sabah. Perjumpaan kali ini dengan hasrat melaksanakan aktiviti pertama TSAZAIC. Lawatan dan kerja amal di Rumah Siraman Kasih, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
Aktiviti ini bukan hanya untuk pasukan TSAZAIC G8 sahaja malah untuk semua Alumni TSAZAIC 1 hingga 7 dan termasuk kepada volunteers awam yang berminat.. dari segi idea, tenaga mahupun wang ringgit dan doa untuk disedekahkan.
Rumah Siraman Kasih merupakan 2 buah rumah banglo yang disewakan oleh penyewa yang budiman (dengan kadar sewa yang rendah) kepada 45 anak-anak yatim piatu berusia antara 7 hingga 12 tahun. Sebuah rumah untuk anak-anak lelaki dan sebuah rumah untuk anak-anak perempuan. Pengetua mereka ialah Ustaz Azhar Aziz, 013-544 2486.
Rumah Siraman Kasih
No.2, Jalan Desa 12/2, Bandar Country Homes,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Phone: 016-3313546
Fax: 603-67331690
E-mail: rumahsiramankasih@yahoo.com
Buat diri Bidadari sendiri ini lah pertama kali nak bersama-sama ke Rumah Siraman Kasih yang dirancang pada 6 September 2009 (Ahad). Buat masa ini Bidadari akan bawa Tasha untuk sama-sama ke sana dan mengenali anak-anak ini. Mungkin dapat beramah mesra dan bermain dengan anak-anak ini. Program yang dirancang bermula daripada 10 pagi - 5 petang iaitu sampai Solat Asar:
6 September 2009 (Ahad)
9.45 pagi - Berkumpul di Tol Rawang (untuk berkonvoi)
10.00 pagi - Tiba di Rumah Siraman Kasih
10.15 pagi - Perasmian
- Ucapan alu-aluan oleh Pengetua
- Ucapan oleh wakil TSAZAIC G8
10.40 pagi - Kerja-kerja Mengecat dan Program Ramah Mesra
- Pengisian Profil data penghuni
1.30 tgh. - Solat Zohor
2.00 ptg. - Penyampaian sumbangan kepada pengetua
- Penyampaian sampul Hari Raya kepada penghuni
Kepada rakan-rakan, sedara mara yang ingin turut serta amat dialu-alukan.
Perjumpaan semalam jam 12:00 t/hari yang dihadiri oleh TSAZAIC G8 Semenanjung Nazihah, Eda, Sarina, Ustaz Hasan, Tuan Azizul, Bidadari dan Azimah yang mewakili 15 orang semuanya. Turut hadir 2 pegawai IIM penggerak TSAZAIC dan Kak Mariana yang sentiasa semangat memberi dorongan dalam apa jua keadaan. Perjumpaan adalah untuk mengenalpasti keperluan dan aktiviti pada 6 Sept. nanti. Makluman dan kutipan sumbangan akan dibuat melalui telefon dan e-mel. Tugasan pertama Bidadari adalah mencari harga barangan makanan untuk disedekahkan. IIM akan sediakan van nanti semasa pembelian, byk juga barang yang bakal disumbangkan. Antara barangan yang disenaraikan;
beras, minyak masak, gula, milo, susu pekat, biskut, bee hoon, sardin, telor, teh, tepung gandum, sabun mandi, ubat gigi, sabun basuh dan tuala wanita.
Ini adalah senarai yang akan dibelikan berdasarkan kepada kutipan daripada 30 ahli TSAZAIC G8 seramai 30 orang dengan budget sebanyak RM1500. Mungkin sumbangan ini hanya cukup untuk sebulan atau sebulan setengah hidangan sahaja.
Bila teringatkan bulan puasa, sedih sangat mengenangkan mereka anak-anak yatim piatu. Begitu besar pengorbanan mereka dalam hidup dan begitu cekal sekali menempoh kehidupan. Bukan itu yang diminta dan diharapkan tetapi Allah itu Maha Kaya, Dia hanya memberikan kepada yang kuat dan boleh menerimanya.
Kepada kawan-kawan Bidadari yang ingin membuat sumbangan dari segi makanan mahupun wang ringgit boleh beritahu Bidadari. Bidadari pun ingat nak buat sumbangan peribadi sendiri jadi kepada yang nak join boleh la kita sama-sama bersedekah ... kita sama-sama membuat bekalan untuk dihari kemudian besar kecil nilainya adalah sama disisi Allah selagi niat itu ikhlas. kalau nak buat sumbangan ikhlas sempena Ramadhan & Hari Raya barangan makanan atau wang ringgit diterima. Atau nak join sekali pada 6 Sept. pun you guys are welcome.. together with family ke.. kawan-kawan ke.. mungkin boleh kita sama-sama jadikan sebagai pengalaman permulaan untuk kita semua sebelum the next step.
Sempena bulan Ramadhan ini, dengan harapan belum terlambat buat Bidadari sendiri untuk meminta ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan bahasa atau perbuatan yang mengecilkan hati kawan-kawan yang sentiasa besar dihati Bidadari.
Selamat berpuasa
Monday, August 31, 2009
Sunday, August 16, 2009
Abilene Paradox
Perkataan "Abilene Paradox" mungkin satu yang baru buat kita. Tapi sebenarnya kita bergelomang dengannya setiap hari.. terutama sekali dalam masyarakat Malaysia yang diajar untuk menjaga hati orang lain.
The Abilene paradox is a paradox in which a group of people collectively decide on a course of action that is counter to the preferences of any of the individuals in the group. It involves a common breakdown of group communication in which each member mistakenly believes that their own preferences are counter to the group's and, therefore, does not raise objections. [defition by Wikipedia]
Contohnya:
Bila nak pergi makan, sebenarnya tempat yang dicadangkan tidak disukai tapi kerana ingin menjaga hati seseorang maka setuju aje.
Effect:
Bila sesuatu terjadi contohnya makanan kat situ tak sedap atau menyebabkan sakit perut, mula menuduh antara satu dengan yang lain dan cuba mempertahankan bahawa dia tak prefer sebenarnya tempat tersebut. Tapi masa awal dia di dalam kumpulan tersebut yang setuju dengan idea tersebut.
Moral of the story:
Communicate honestly and sincerely. Be honest to yourself and other parties. Dengan ini dapat elakkan tuduh menuduh antara satu sama lain.
Macam biasa dengar dan rasa je kan? Kadang-kadang ianya terjadi dalam pengurusan kerja terutama bila bos kecik nak jaga hati bos besar akhirnya anak buah menjadi mangsa... sementara kita ni anak buah kita perhati dan belajar. Jadikan kita golongan bos kecil dan bos besar yang lebih baik dan menjadi role model untuk genarasi yang sedang bercambah.

Virus Serang Lagi
Sejak menyambut hari jadi yang pertama 27 Feb 2009, serangan demi serangan buat Yasmeen. Bermula dengan Eczema (Mac-3 minggu) , kemudian measles (April-1 minggu) , Rubella (May-1 bulan), dan start 14 Ogos 2009 Chicken Pox. Berturutan...
Yasmeen tetap Yasmeen.. masih aktif. Tapi kesian chicken pox tu kan berair jadi bila pecah gatal.. sedih mummy dan daddy lihat. Mummy cuma boleh sapukan gel Gamat untuk kurang gatal.. Yang besar sekali dan dah pecah sebab Yasmeen garu di dahi tu.. berlubang. hmm.. Yang paling banyak di kepala.. so kalau tergaru sakit.. nangis la.. bingung juga mummy & daddy.
Tok Ani dan Wan pesan minum air kelapa supaya chickenpox tu keluar habis dan tak naik lagi katanya.. memang makin banyak dalam cuping telinga, dalam rambut, kat dada dan belakang tengkuk. Wan ada pesan air penawar kepada Mak Ina (Kakak Mummy yang balik menjenguk kampung) buat cucu tersayang.. Yasmeen cucu yang termuda selain Ajeem (5 tahun dah).
Sepanjang kuarantin kami di rumah .. mummy, daddy, kakak dan abang kena la layan Baby Yasmeen dengan menonton bersama cerita kesukaan Yasmeen dari pagi sampai malam sambung pagi dan Yasmeen tidur semula.. Itulah routine kami semua.
Tuesday, August 11, 2009
Ajeem 5 tahun 10 Ogos
@Home
Saturday, August 8, 2009
Result Yang Tak Disangka
Syukur kepada Allah atas kebahagiaan dan rezeki yang diberikan buat ku, keluargaku dan rakan-rakanku.
Result PTK kali ni, Siri 12 Bil.1/2009 memang diluar jangkaan buat diri ini.. Apapun Alhamdulillah semua 4 rakan sebilik di tempat kerja semuanya berjaya lulus.. bila keluar keputusan "Lulus" tu macam perkataan keramat.
Dapat rasa bahagia sebab boleh kongsi sesama rakan EPSA, rakan 44 & rakan sebangunan...seterusnya rakan nun di Canada ...KKR...JPA.. dan tidak ketinggalan keluarga yang turut sama memberi galakan dan doa.
siapa sangka akan dpt Cemerlang.. aduh... memang tak disangka sungguh...
Terima kasih pada kawan-kawan... member study group si Sid & Shu.. termasuk lagi 2 pegawai PLV. yang bagi galakkan... kalau diingatkan.. masa time tengah PTK tu.. Baby Yasmeen dah masuk 3 minggu tak sihat.. baby kena demam Rubbella.
Tak tau la macam mana nak thanks to each everyone of u... termasuk rakan baik ku yang bakal terbang ke NY. Good luck u can do much much better than myself. Anything we all friends ready to assisst you.

Subscribe to:
Posts (Atom)