Friday, December 21, 2018

Kedai Ikan Bakar Pasar Keramat, KL

Salam kembali... kesepian ingat hanya sementara.. nampaknya panjang berjela.. hehehehe..

Walaupun saya menyepi tapi page ini masih aktif dilayari.. terima kasih buat semua.. kekangan masa sebagai ibu dan ibu kucing seramai 10 ekor tu memang membuatkan diri leka dengan tugasan hakiki di rumah.

Apa-apa pun selamat bekerja pada yang belum bercuti.. dan selamat melancong .. kepada yang meluangkan masa di rumah bersama keluarga , itulah keindahan jua buat ibubapa dan anak-anak.

Bidadari nak kongsi kedai ikan bakar sedap di Pasar Keramat. Kalau yang berada di KL ni singgah-singgah lah. Ada 2 kedai sebelah-menyebelah yang jual. Tapi kalau pi sini tengok yang bakar ikan paling banyak tu.. tu lah dia.

Nor lah yang nak sangat kenalkan tempat makan ikan bakar best! memang puas hati. Macam-macam jenis ikan ada kami makan ikan pari (itu favourite) dan bungkus lagi... ikan pari dan ikan siakap.

Cuba tengok di seberang sana... pelbagai ikan ada

Tengok tu, ikan kat sini fresh betul... juicy .. tak kering yummy
Ini order saya dengan Nor. Kami kongsi. Besar! kalau sorang satu mau cacing nanti (kata mak saya dulu) hahahaha

Bila order ikan bakar dengan nasi dan ulam.. ia akan datang bersama sup kaki ayam dan sambal belacan ,perghhh memang sedap. Paling saya suka air asam dia... meleleh dah sambil menaip ni pun. 



Seronok bila dapat kongsikan sebab boleh la sama-sama menikmati makanan lazat di Malaysia. Malaysiaku Negaraku.

Ikannya besar-besar memang kalau ikan pari tu boleh makan 2 orang, ikan siakap boleh makan 1 family. Harga not bad you! :) ikut saiz, standard ikan pari RM20 dan ikan siakap RM35.

Siapa yang pernah pi ?


-istimewanyabidadari-

Friday, June 9, 2017

Pilihan Deodorant

Dalam kita sibuk dengan kecantikan luaran, jangan lupa kecantikan dan kesihatan dari dalaman..
kalau bau baan tak enak, comel lawa guana pun orang tak pandang, betul tak?

Elakkan deodorant yang digunakan selamat dan tidak mengandungi garam aluminium (boleh menjadi punca breast cancer).


Cuba pakai Deodorant Aloe-Ever Shield asas dari Aloe vera , tak mengandungi garam aluminium. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Alhamdulillah rasa ringan dan badan tak berbau.
Produk pun boleh tahan lama.

Untuk info: sharing dari youtube Mohd Nazrul Ikram
https://youtu.be/9UfGoSBT4ok


Pastikan pemilihan yang betul dari awal.




Thursday, June 1, 2017

Resepi Paste Tom Yum DIY

Ada masanya bila permintaan datang tiba-tiba bekalan pun habis. Itulah yang berlaku semalam. Nak ke kedai dah suntuk, jadi google sana google sini.. nampak complicated. Sekarang ni nak guna bahan yang ada sahaja. Apa lagi mencubalah. Alhamdulillah jadi. 

Jadi untuk kes emergency boleh lah you all cuba. Mungkin tak sebagus paste yang dlm botol beli kat Padang Besaq/Danoq tapi ok la, yang penting seisi rumah kata sedap  :)
Alang-alang belajar buat paste terus masak Tom Yum.


Paste Tom Yum DIY



Bahan- bahan paste:

Bahan A (Kisar semua sekali)

1 senduk cili kisar/cili boh
5 ulas bawang merah (kecil)
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia 
1/4 inci lengkuas (jika ada)
1 sudu kecil paste asam jawa / masukkan air asam jawa
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
Sedikit air (jika guna air asam jawa tak perlu tambah air)

Bahan B

1 batang serai
4 helai daun limau purut - dicarik-carik tak putus
minyak untuk tumis

Caranya:

(1)- Masukkan minyak dan tumiskan Bahan A yang telah dikisar.
(2)- masukkan serai dan daun limau purut
(3)- Pastikan masak sampai betul-betul kering
Tips: supaya tak rasa cili tidak masak. 

Resepi Tom Yum

Bahan-bahan tom yum

Bahan C

2 1/2 mangkuk air
Ayam
Carrot
Cauliflower
2 biji bawang besar - dipotong 4
6 biji cili padi - diketuk

Bahan D
garam secukup rasa
1 sudu kecil jus limau nipis

Caranya:

(4)- Masukkan semua sekali bahan-bahan tom yum
Masukkan garam dan jus limau 
Tips: Jika nak masam, adjust jus limau dengan air asam jawa .



Selamat mencuba

~Bidadari



Wednesday, May 31, 2017

daisyontherun - accessories

Dah nak raya ni, mana nak cari accessories ?
Jom kita tengok di istagram daisyontherun
Harga pun berpatutan. 



follow ig: daisyontherun




~bidadari

Satu Resepi Untuk Semua

Di bulan puasa ni sebagai seorang isteri dan ibu cuba sedaya upaya nak memenuhi selera suami dan anak-anak. Semasa waktu berbuka, semangat dan keletihan semua hilang bila lihat mereka makan dengan penuh selera. 

Balik kerja dah kelam kabut nak masak. Sampai je terus solat dan terus ke dapur. Apa sahaja bahan yang ada kita cuba buat yang terbaik, betul tak? 

Jadi sini, saya nak kongsi satu resepi untuk semua. Kami di rumah, anak-anak suka makan ketam, kebetulan ada ketam. Saya lebih suka ayam sebab ketam nanti naik gatal-gatal, resedung. Ikan pula pilihan si dia. Jadi "menu bakar" terbaik. Lagi pun sebelum ni dah masak masak cabai/cili dan gulai. Kali ni kita menu diet. hehehehe 
Ingat ikan/ayam/ketam bakar ni mesti kena dengan air asam utara. yummy.. terliur terus. 

 Satu Resepi Untuk Semua

Paste Ikan Bakar

 Bahan-bahan A:
Ketam
Ayam
Ikan

Bahan-bahan B (Kisar):
2 senduk cili kisar
6 ulas bawang merah (kecil)
2 batang serai
1 inci halia
1 sudu kunyit serbuk
1/2 sudu gula
1/2 sudu garam (secukup rasa)
Sedikit air (4 sudu) - untuk kisar

Bahan C: 
1 sudu kecil minyak masak - gaul dengan bahan kisar
1 sudu kecil minyak masak/planta - untuk bakar
1 sudu minyak sapi (gee)/planta - optional utk baunya
Daun Pisang - optional

Cara- caranya:

1- Kisar semua bahan-bahan B bersekali
Tips: potong kecil-kecil /hiris dahulu mudah kisar
Tak ada pengisar, tumbuk lagi cun

2- Gaulkan bahan kisar dengan minyak dan gee 
Tips: supaya bahan masa bakar tidak kering

3- Sapukan pada ketam , ayam dan ikan untuk marinade.
Tips: asingkan bekas ketam, ayam dan ikan
Marinade minimum 10min.

4- Panaskan pan , alaskan daun pisang, tuangkan sedikit minyak/planta, dan aturkan ketam.
Tips: saya guna tudung periuk , tutup sekejap untuk pastikan ketam masak. dlm 5minit kemudian bakar terbalikkan seperti biasa. 

5- Terbalik-terbalikkan sekali sekala. 

6- Repeat (4) untuk ayam dan ikan. 


Ketam Bakar


Ikan Bakar dan Ayam Bakar 


Air Asam Utara



Bahan-bahan:

Bahan-bahan A (Kisar):

2 biji cili merah
4 biji cili padi (ikut pedas)
1/2 biji bawang besar
1/2 biji buah tomato
1/2 inci belacan
1 sudu kecil kerisik (ini yang bagi umph!!)
1 sudu gula
1/2 sudu garam (secukup rasa)
sedikit air asam jawa - untuk kisar

Bahan - Bahan B:

1 biji cili merah - dibelah 2 dan hiris
 2 biji cili padi - dihiris
1/2 biji bawang besar - dihiris
 1 1/2 biji buah tomato - dihiris
1/2 cawan air asam jawa (ikut kepekatan)
1/2 sudu air limau nipis 

Tips cara membuat air asam jawa: 
Cara 1 : 1 sudu kecil paste asam jawa adabi  + air 
Cara 2: 2 ibu jari asam jawa ketul + air

Cara-caranya:
1- Gaulkan Bahan A dan B, lenyek-lenyek/tekan-tekan sedikit agar mesra. 


Selamat mencuba. Kepada yang di oversea boleh kongsi pendapat ye lepas mencuba. Ada tambah-tolak untuk lebih sedap?


~Bidadari