Monday, June 13, 2016

Resepi Nasi Tomato Noxxa

Setelah lebih dari 6 bulan saya beli periuk Pressure Cooker (PC) Noxxa. Beli sebab nak menggantikan pressure cooker yang dah rosak. Sambil tu lepas survey semua insyaAllah ini pilihan terbaik.

Lepas beli, biasalah bukan selalukan kita nak masak guna pressure cooker ni, kalau tak kerana masak resepo daging atau tulang memang berkepuk lah dia dalam almari. Tapi periuk PC Noxxa ni kita boleh buat lebih dari tu. Wah!!! cakap macam terror. Tapi sebenarkan kecut perut nak guna sebab tak pandai. Beli pun minta adik belikan, masa dia mula nak tunjuk tu kita pulak tak sempat nak tengok sebab menu dah masak. Masak dengan PC Noxxa ni memang cepat betul. hmm macam tak percaya Nasi Tomato yang first time kita buat semalam siap dalam tempoh 10 min... percaya tak ?
Alhamdulillah sedap. Yang penting anak-anak suka habis.. ingat masak lebih untuk makan sampai sahur... :)

Biasa lah ibu yang duk bekerja dengan keadaan sekarang temporary maid tak ada ni sementara nak tunggu yang baru datang (dah landing dah..tengah tunggu agent hantar insyaAllah Khamis ni).

Jom saya nak share cara guna yang mudah dan resepi Nasi Tomato.

Resepi Nasi Tomato


Bahan-bahan:

A. Bahan Tumis
6 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan
2 batang serai
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
2 inci kulit kayu manis

2 sudu besar minyak sapi (optional)
2 sudu besar minyak masak

B. Bahan Masak
1/2 pot susu cair
2 sudu besar tomato puree
2 biji tomato buah / 6 biji tomato cherries - dicincang
4 pot air
garam secukup rasa
1 genggam kismis
3 pot beras - dibasuh bersih


Cara-caranya (rujuk pada gambar):

1- Sediakan bahan tumis (A). 

2- Sediakan bahan masak (B).

1st Masak Menggunakan Menu STIR FRY.
a. Lepas ON plug. 
b. Tekan menu Stir Fry dan tekan ON (butang merah)
c. Masukkan Minyak Sapi dan Minyak Masak.
3. Bila minyak dah agak panas (minyak sapi cair), masukkan semua sekali bahan tumis A.
4. Sekali sekala kacau sehingga naik bau dan bawang menjadi agak kekuningan.
5. Masukkan Susu Cair, tomato puree dan tomato buah.
f. kacau sekali dua, masukkan garam dan kacau (jangan masin, agak rasa garam)
5. Masukkan kismis dan air. 
h. Bila mendidih terus tekan OFF (butang merah).


2nd Masak Menggunakan Menu High Pressure.
6. Masukkan beras dan kacau.
7. Tutup periuk PC Noxxa dan pusingkan tombol ke Titik Pressure.
8. Tekan menu High Pressure sebanyak 7 kali untuk 7 minit. 
(saya cuba 7 minit, tapi saya nak sarahkan supaya cuba 8 minit)
9. dan tekan ON (butang merah)
Bila nasi dah masak, akan dengar bunyi. Jangan terus buka tudung periuk.
Bahaya. Kan dalam keadaan Pressure! 
Ikut Langkah 10.


Tips: JANGAN BUKA TUDUNG PERIUK. 

10. Pusingkan tombol ke Titik Steam
Tips: JAGA-JAGA NANTI WAP akan TERUS KELUAR, KUAT. 
Jangan dekatkan muka.
dont worry, ini hanya sebagai panduan terutamanya yang first time guna. 
Nanti habis muka jadi merah macam udang bakar hehehehe

Bila dah habis semua wap air keluar, baru buka penutup periuk.

11. Macam tulah rupa bila buka. 
12. Kacaukan nasi dan tutup sekejap untuk lebih mesra.
Lampu pada periuk PC Noxxa akan menyalakan menu Reheat. 

Sedia untuk dihidang. :) 

Selamat mencuba. Makan pula dengan Ayam Masak Merah, perghh sedap.


~bidadari~



Thursday, June 9, 2016

VCO Anti Bakteria Baik Untuk Kucing

Assalamualaikum semua, Selamat berpuasa.
Semoga puasa kita hari ini lebih indah dengan ibadah kita kepada Allah dan kebaikan kita semasa manusia dan binatang. 

Anak-anak memang sayangkan kucing, tak kisahlah kucing sendiri ke kucing orang ke kucing terbiarkan. Asal nama kucing aduhai lentok semua. 

Semua dalam keluarga memang suka sangat kat kucing. 

Saya ingin kongsikan remedy untuk binatang menggunakan VCO, Virgin Coconut Oil atau Minyak Kelapa Dara. 
Tahun tak VCO ni sangat mujarap untuk membasmi kuman sebab ianya anti bakteria. 

Pengalaman sendiri, Maro kucing Kak Min (my lovely Cousin) tiba-tiba dapat penyakit allergic yang dia gatal dan garu sampai berdarah. 
Macam-macam Kak Min dah buatkan siap pergi Vet dan bagi antibiotik. Miro ni sampai tahap Vet bawa balik rumah dan jaga. 
Tapi tak baik-baik. Vet pun tak pasti penyakit apa, cuma confirm buka sporro. 
Sedih sangat bila dengar cerita sebab keadaan dia sangat teruk, luka berdarah. Imagine lahkah, kucing bukan boleh bercakap dan boleh ubatkan diri sendiri. Kak Min sangat sayang Maro. Kak Min ni macam ibu mereka. 

Bila saya dapat tahu, saya cadangkan Kak Min sapukan VCO sebab ianya macam disebabkan bakteria /kuman. Kak Min pun cuba, alhamdulillah.
Dekat 2 minggu juga duk sapu TIAP-TIAP HARI kat luka Maro dah mula nampak kering. Kita yang dengar pun happy tambah lagi Kak Min,suka sangat.
Bila kami nak Vietnam selama 4 hari, Kak Min siap hantar Maro dan kakaknya ke Vet bersama VCO. Vet pun kenalah ;) sapu VCO tiap-tiap hari kat Maro. :) 
Alhamdulillah Maro dah baik dari luka yang tak tau kenapa tu. :)




Di rumah saya memang sentiasa ada VCO. OJ (Orange Juice) kucing liar yang dibawa balik kurus kering dengan hidung beringus all time. 
Bila bawa ke Vet, Vet cakap dia ada sinus. Huhu Kucing pun ada sinus. Kesian kena injection dan kena makan ubat. Tapi lepas tu datang balik beringus hidung. Yang tak tahan tu kalau bersin tu siap warna kuning lagi... errgggg itu macam infection jer. Kami pun mula bagi OJ VCO. OJ sangat suka jilat vco senang tak payah nak sumbat bagi minum. Alhamdulillah dah baik. 

Bila kucing kat rumah kena kurap kucing, memang working. Cubalah, sapu jer. Nak lebih effective bila dia jilat sikit VCO tu. memang anti bakterialah. It works!!!
Kucing demam pun sekarang kami kurang bawa gi clinic, bagi jilat VCO. Tak perlu banyak cukup 2 3 titik.

Cuba lah. Sama-sama kita berkongsi.

Wednesday, June 8, 2016

CellMaxx bagus untuk kesihatan dan pesakit eczema, strok dan diabetes

Macam biasa saya suka kongsi berdasarkan pengalaman dan amalan sendiri bersama keluarga.
Yang baik kita kongsikan. Bila kita dapat melihat senyuman diwajah orang lain dengan sedikit perkongsian insyaAllah ianya akan memberi ketenangan dan satu kebahagian pada diri.

Sudah 3 bulan lebih kami sekeluarga amalkan CellMaxx. Mesti ada yang biasa dengar dan ada yang baru dengar kan?




[images daripada google]

CellMaxx ™ adalah makanan kesihatan berasaskan alga hijau biru  yang di kenali sebagai Aphanizomenon flos Aquae (AFA)  dari Tasik Klamath, Oregon, Amerikal Syarikat.  Produk ini kaya dengan nutrisi lengkap seperti  Polisakarida, Phycocyanin, Klorofil, L-selectin ligand, Vitamin, Trace Mineral, Beta Karotena, Asid Amino dan Phenylethylamine (PEA). Kajian menunjukan pengambilan CellMaxx ™ sebanyak 1 ke 2 paket sehari mampu menyokong pemebeasan sel-sel stem dewasa daripada tulang sumsum dan meningkatkan sistem imunisasi manusia secara semulajadi.

Boleh je google pasal CellMaxx. Testimoni pun banyak. Cuma pastikan ianya adalah CellMaxx dari Maxxima Malaysia ye. Ianya produk yang dijamin halal dan diluluskan oleh KKM. 

Seorang rakan introduce  CellMaxx kepada Daddy sebab suami dia alhamdulillah dah hilang sakit lutut dan dapat berjalan seperti biasa dan tiada masalah sakit lutut lagi. Betul, itu dilihat dengan mata sendiri.

Jadi kami mengambil dan amalkan, alhamdulillah eczema kakak tasha makin pulih, malah kering terus. Eczema kakak Tasha tu jenis yang bila kakak stress jer terus naik lah gatal dan berair. Makin banyak akan naik bila musim peperiksaan sekolah. Macam -macam juga dicuba, mungkin ubat dan suppliment lain bagus juga cuma lambat. Biasalah budakkan bukan tahan nak amalkan sesuatu dalam tempoh yang lama. Bila satu ketika sakit datang kembali mula la tak nak teruskan. Sejak diamalkan CellMaxx alhamdulillah tak sampai satu kotak dah kering, malah masuk kotak ke2 jer terus kering dan hilang. Malah bila musim peperiksaan pun dah tak keluar dah, syukur.
(maaf tiada gambar atas permintaan tuan badan)

Ahli keluarga sendiri yang terpaksa amalkan ubat stress pun, tak perlu lagi ambil ubat stress. Salah satu kebaikan CellMaxx ianya boleh membantu menghasikan cell-cell untuk mengurangkan stress.

Bila cerita pasal pesakit strok, ini memang real. Memang bagi saya satu kejayaan bagi diri ni bila dapat bantu seorang Aunty yang kena strok sebelah badan. Dah lama Aunty strok, kena bantuan anak-anak dan tak boleh berjalan tanpa bantuan. Kalau ke kedai pun pakai kerusi roda.
Anak Aunty yang rajin update testimoni ibunya. Anak mana tak seronok bila ibu dapat bergerak semula dan lebih sihat. Selepas mengambil 3 satchet iaitu 3 hari, Aunty beritahu dia rasa perubahan, pagi-pagi dah senang nak bangun. Kalau dulu dia macam letih je. Masuk hari ke 5 surprise untuk anak-anak bila tengok Aunty dapat bangun dan bergerak selangkah dua ke meja makan dari tempat baring beliau. :)  Bertambah gembira saya bila dapat whatsapp daripada anak beliau hari ke 9 "mak saya dah aktif sekarang. Siap keluar rumah siram pokok, kemas dapur... " Walaupun masa ni tangan Aunty belum pulih sepenuhnya. Aunty masih menggunakan tongkat sebab belum confident.
Lepas masuk hari ke 16 bila check dengan doktor anak Aunty pun message "gula dalam darah mak saya pun sekarang maintain 6mmol, tidur pun dah lena, mood pun dah ok... ""saya pun gembira sebab mood dia dah kembali macam sebelum dia kena strok dulu". Itulah pengalaman yang sangat saya rasa suka nak kongsi. Senyuman anak-anak itu sangat besar nilai yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Bila berjumpa dengan anak Aunty, dia cerita ibunya dah boleh buka jari dan pegang gelas. Tangan dan jari-jari pun dah makin kuat. Yang terkini! bila saya telefon rupanya Aunty tengah ajar anak dia menggunakan mesin jahit. :) alhamdulillah semoga raya tahun ni suasana lebih meriah dengan kesihatan Aunty yang makin baik.

Mymom pun dah amalkan sejak 2 bulan lalu, bagi seorang yang telah berumur 73 tahun sebelum ni asyik kebas-kebas jari, tarik mengkarung waktu malam sedang tidur (nighttime leg cramps) dan sakit lutut alhamdulillah sudah baik. Sejak amalkan CellMaxx, tak ada lagi kebas-kebas jari, tarik mengkarung malah kalau dulu adik saya akan tolak mak dengan kerusi roda bila ke Giant/Tesco sekarang mak dah boleh jalan sendiri. Makin lama berdiri. Kami tidak expect mak boleh berjalan laju macam orang muda lain. Tetapi dengan keadaan beliau yang makin cergas rasa seronok bila kami bersama. Mak masih terus amalkan kami harap ianya dapat stabilkan bacaan diabetes mak.

MyFIL asyik sakit lutut jer, sekarang ni alhamdulillah lepas masuk 2 kotak dah boleh berjalan seperti biasa dan tak sakit lutut lagi. Harapan kami TokPapa akan makin sihat.

Yang Terkini, dengan bantuan Anak Aunty kami pos CellMaxx 1 kotak ke Felda di Perak bila kami dengar sedara Aunty yang dah dipotong ibu jari kaki sebab diabetes sedang sakit kembali tempat yang dipotong. Katanya meneneh semula. Message yang diterima, belum pun 1 kotak alhamdulillah tempat yang sakit kering dan sekarang pakcik dah boleh ke kebun. Syukur, seronok bila dapat berita gembira.

Itulah serba sedikit saya nak kongsikan. Saya sendiri pun amalkan, insyaAllah kekal sihat.
CellMaxx ni macam spirulina malah lebih baik, suppliment makanan yang boleh diambil tanpa kita stop ubat doktor atau rawatan sedia ada.

"Pertama sekali ramai yg sebenarnya menganggapkn CellMaxx yg menyembuhkan penyakit dan menilai dr segi berapa sachet atau kotak yg perlu diambil utk menyembuhkan penyakit.Ingin saya beritahu CellMaxx TIDAK  menyembuhkan dr apa2 penyakit yg menyembuhkan adalah stem cell yg dihasilkan dr tubuh bdn kita sendiri hasil dr pengambilan  CellMaxx.Oleh itu berapa lama ia akan menampakkan kesan tergantung kepada beberapa faktor seperti jenis penyakit,umur,jantina,diet pemakanan dan sebagainya.Adakala pengambilan 1 ke 2 sachet sudah menampakkan kesan kerana tulang sum sum berinteraksi dgn  cepat kerana faktor2 yg diatas.Fungsi CellMaxx membantu perembesan stem cell dr tulang sum sum dan lebih byk stem cells yang keluar maka lebih cepat proses rejuvanasi dan regenerasi sel yg berlaku.Maka oleh itu pengambilan CellMaxx yg berterusan akan membantu proses ini utk berlaku.Masalah seterusnya apabila seseorang mengambil CellMaxx dan terhasilnya stem cells maka adakalanya (walaupun ianya jarang berlaku)pesakit akan merasakan "body adjustment" yg berlaku kerana tubuh terkejut hasil dr perembesan stem cells secara tiba2.Sebagai contoh sekiranya seseorang itu berumur 50tahun penghasilan stem cells secara semulajadi dr tubuhnya terhenti apabila umurnya mencecah 25tahun oleh itu sudah 25tahun sum sum tulangnya "tidur atau tidak berfungsi" stelah pengambilan CellMaxx dalam tempoh 1 ke 2 jam sum sum tulang tiba2 bangun dan bekerja semula oleh itu perubahan yg berlaku akan mengakibatkan seseorang itu mengalami "body adjustment".Teruskan mengambil CellMaxx kerana perubahan itu hanya sementara sehingga tubuh badan pesakit itu mampu bertindak dan menerima perubahan tersebut." Sekian Terima Kasih. Dr. Reza Ibrahim (founder of CellMaxx, Maxxima).

Kepada yang berminat :
Saiz: 1 Kotak = 14 satchets.
Cara pengambilan: 1 hari sebelum tidur. (untuk lebih cepat boleh ambil 2 satchets. kemudian boleh kurangkan dan makin lama boleh jarakkan pengambilan).
Had umur: tiada had.
Harga: RM180 (bukan ahli), RM150 (ahli).
Contact WA: 013 3191256.

#cellmaxx
Yang baik jom kita kongsi bersama.
~Bidadari~

Resepi Ayam Goreng Bersos

Bila nak cari sedikit kelainan dan nak cepat mesti kena fikir resepi yang palinggggg mudah. 
Mudah, sedap dan disukai anak-anak. Daddy pun suka. :)

Tambahan pula di bulan puasa waktu sahur, kadang-kadang tu mula la jem terus nak masak apa yang fresh di pagi-pagi gelap gulita.

Ini saya nak kongsikan resepi mudah Ayam Goreng Bersos senang dan sempoi. Bukan setakat sahur time berbuka pun sodap juga. Petang ni boleh buat terus. 

Ayam Goreng Bersos




Ayam - dipotong kecil-kecil
garam
kunyit
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap
biji lada hitam (ditumbuk) - 6-10 biji
serbuk lada putih - sedikit
Optional: serbuk cili/cayyen atau cili bo/blended chilies - ikut pedas yang disukai


Caranya:
1- Gaulkan semua sekali dan diperapkan sekejap (10minit).
2- Goreng seperti biasa. 

Tips:
1- menggunakan biji lada hitam lebih sedap. Boleh juga nak guna serbuk lada hitam. Atau boleh juga tak nak masukkan langsung.
2- Jangan dikalih/terbalikkan terlalu awal semasa menggoreng. Jangan terlalu lama dibiarkan. 
Agak-agak masak sedikit dan berkulit je, terus diterbalikkan. Ini nak pastikan masak sekata dan kulitnya yang bersos tadi tidak hangit. 

Selamat mencuba.
~bidadari~

Tips Panaskan Nasi

Saya nak kongsi TIPS panaskan nasi lebih lembut.

Biasanya bila kita dah masak nasi awal atau ada nasi yang lebih, kita nak la makan nasi panas-panas.
Makan nasi panas-panas ni lebih bagus. Selera lagi.

Biasa kita buat stimkan dalam periuk stim atau kalau rice cooker, kita reheat macam tu jer.

TIPS-1 IB hari ni, tak kisah nasi dalam bekas rice cooker ker, dalam periuk stim ker,
a) nasi digemburkan dan ditolakkan sedikit ke tepi dibiarkan ada lubang ditengah.
b) masukkan 2 -3 sudu besar air ditengah tadi.
c) tutup dan  reheat atau stim.

Tengok nanti nasi elok jer. Boleh juga buat kalau nasi mentah. cubala.



Tapi ingat TIPS-2 IB: Kepada yang berpantang jangan sekali-kali makan nasi yang dipanaskan semula. Maksudnya nasi yang dimasak kemudian sejuk dan dipanaskan bila nak makan. Ini dikira masak 2 kali. Pantang orang tua-tua. Berdasarkan pengalaman saya sendiri memang boleh turun darah kalau makan makanan yang dimasak 2 kali. Macam nasi ni lah. Walaupun badan kita mungkin ok, cubalah elakkan. mungkin tak sakit sekarang, nanti belum cukup tua dah sakit-sakit urat atau effect lain.


Tuesday, June 7, 2016

Cookies Almond Chocolate Chip KellyandKids PROMOSI RAYA

Kepada yang berminat untuk koleksi cookies buat santapan di Hari Raya. 

Tak ada idea untuk buah tangan di bulan raya?
Cookies Kelly& Kids boleh dijadikan hadiah atau buah tangan untuk rakan, keluarga untuk tidak tangan kosong :) 

Ini adalah sokongan saya buat rakan baik seperjuangan sejak dibangku Uni :) Cik Zu.
Bila rakan sendiri anak tempatan cuba menceburi dan berjaya mengilang produk cookies ni , saya sangat bangga. Bangga juga dengan you all semua yang berjaya dalam usaha biz yang dimajukan sendiri. 

Cookies Almond Chocolate Chip KellyandKids 


Produk KellyandKids Cookies Almond Chocolate Chip dipakkan dalam kotak yang mempunyai 4 packet biskuts almond. 
Ini mengelak daripada bila dah buka masuk angin. 
Biskutnya macam famous@mos. Malah kurang manis, sedap malah kekal rangup.

Saiz: 190gm (70 hingga 80 keping)
Harga: RM17



 Sempena Bulan Puasa ni, ambil lah peluang. 
KellyandKids ada buat Pack Raya. 
Pack Raya juga sesuai untuk dibuat sebagai buah tangan dan hadiah sempena Ramadhan dan Hari Raya. 


Pack Edisi Raya
Small: 190gm (70 hingga 80 keping)   RM17
Large: 300gm (100 hingga 110 keping)   RM26

Setiap pembelian 2 atau 3 bekas yang sama saiz akan menikmati potongan DISCOUNT 
Small 2 bekas @ RM30 (jimat RM4)
Large 3 bekas @ RM70 (jimat RM8)

Announcement 
Kepada yang berminat untuk menjadi agent sila contact saya ye 013 3191 256
boleh dapat harga agent (t&c applied)

Selamat berpuasa semua. 
~bidadari~

Naskah Al-Quran Al-Karim & Penerangan Hukum Tajwid AL-MUJAWWAD

Salam semua.
Selamat menyambut bulan yang mulia Ramdhan Al Kareem.
Saya menadah tangan memohon maaf kepada semua pembaca dan kenalan sekiranya ada salah dan silap.
Semoga semua kesalahan kita diampun oleh Allah dan rakan-rakan sekelian. Sesungguhnya kita tahu bahawa kesalahan sesama manusia hanya manusia yang berkenaan sahaja yang layak memaafkan.
Amin.

Di sini saya nak berkongsi sebuah naskah Al-Quran yang baru saya beli.
Biasa la saya suka kongsi dengan apa yang saya ada, saya amal dan bukan semata-mata hanya mendengar cerita. Dengan tujuan agar kita sama-sama beroleh kebaikan.

Semalam ada Majlis Alya Ramadhan di ofis. Rasa sungguh beruntung sebab dapat mendengar dengan terus-menerus alunan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Tarmizi Ali iaitu Johan Tilawah AlQuran Peringkat Antarabangsa. Memang bacaan beliau terbaik semua yang hadir tidak berganjak langsung.
Kami juga dapat perkongsian ilmu bersama YBhg Datuk Dr. Zahazan Mohamed berkenaan TAQWA. Banyak yang ditimba dan kesedaran buat diri saya ni. Tak sangka Datuk pandai mecuit hati para hadirin untuk terus leka mendengar.

Selepas majlis saya dapat membeli AlQuran yang turut disarankan oleh Datuk kerana ia dapat membantu kita dalam bacaaan. InsyaAllah.

Al-Quran Al-Karim & Penerangan Hukum Tajwid AL-MUJAWWAD


 Rupanya depan dan belakang.


 Dari segi saiz cukup besar 2 batang pensil (baru)


Tulisan pun cukup besar. Yang paling menarik untuk saya adalah tanda bacaan BIRU, MERAH dan HIJAU dimana ianya menunjukkan tempat berhenti (jika tak cukup nafas). 
Jika berhenti di akhir perkataan Biru, boleh teruskan sambungan bacaan pada perkataan selepasnya. Ini bermaksud sampai lah maksud jika kita berhenti ditempat tersebut. 
Jika berhenti di akhir perkataan Merah/Hijau, mulakan semula bacaan di awal perkataan Merah/Hijau. Ini dikuatiri hilang maksud ayat jika terus berhenti di penghujung Merah/Hijau dan sambung baca selepas perkataan tersebut. 
Bestkan :)

 Diberi juga panduan kepada kita 

Ini pun ada panduan waqaf (Tanda Berhenti). 

Terima kasih kepada idea dan konsep oleh Tan Sri Dato' Hj Hassan bin Hj Azhari serta Prof Madya Dr Hj Abd Rauf bin Tan Sri Hj Hassan.

Kepada yang berminat boleh layari www.telagabiru.com.my 
atau hubungi En Muhammad Khairul Hafizan di 012 2376804