Saturday, January 16, 2016

Mengajar Anak Makan Sayur

Anak-anak ni bila sebuk sayur mesti allergic jer.
Alhamdulillah anak-anak saya , dari kecil saya dah mula ajar mereka makan sayur dan ulam.
Ada yang suka sayur hijau sahaja.
Ada yang suka makan sayur hijau dan ulam.

Anak yang makan ulam tu bila dah ada kesedaran untuk sihat, menjaga kesihatan dan untuk kecantikan. Semestinya anak perempuan.

Permula boleh mula bila-bila sahaja.
Sekarang pun boleh bila anak dah bersekolah.
Malah yang dah tua pun baru nak mula hhehehehe

Masa baby, kita boleh buatkan porridge tambah sehelai dua bayam/sawi.
Kalau baby tak suka, cukup lah dengan separuh atau 1/3 atau 1/4, asalkan ada sedikit.

Anak-anak yang dah diajar dari baby makan sayur bila besar sikit dah pandai tak mau.
Saya tidak pernah menolak permintaan mereka. Tetapi dalam diam-diam saya letakkan sedikit dalam timbunan nasi semasa suapan. hehehehe
kalau letak 1/4 mereka sedar , mereka tak suka, kecilkan lagi portionnya.
Kadang-kadang tu sehingga sekecil besar kuku kelingking.
Tak mengapa, itulah saya sebagai mummy mereka, tidak akan putus asa.
Bila saya tahu mereka dah tak rasa dengan sekecil itu, maka sekecil itulah saya masukkan semasa menyuap mereka makan.
walau pun sikit , lama-lama jadi bukit. dalam perut lah dia jadi bukit, last sekali cukup sebentuk 1 helai daun dalam perut mereka :)

lama-lama boleh dibesarkan sedikit saiz sayur tadi.
kita kena sabar. InsyaAllah lama -lama dia akan makan sayur satu hari nanti.
tak banyak tak apa.

begitu juga saya cuba mengajar anak-anak yang sudah besar sedikit makan ulam.
mulakan dengan kecil dimakan dengan sambal belacan/budu  kesukaan.

Nak tahu ulam yang paling saya suka dan wangi: ULAM PUCUK DAUN KARI.

Friday, January 15, 2016

STEVIA



Stevia pengganti gula. 
Pelbagai stevia telah kami sekeluarga cuba , pelbagai produk dalam pelbagai bentuk, serbuk, cecair, titik dan daun asli kering. 

Setelah beberapa tahun mencuba rasanya first time cuba adalah pada tahun 2013, wow lamanya masa berlalu cepat nya masa bergerak. 
Ini lah produk yang kami sekeluarga suka. 

Kenapa nak beralih ke stevia?

1- bukan lah nak beralih sepenuhnya terutama bagi kita yang Alhamdulillah masih sihat, cuma bagi kami bermula dari awal untuk mengurangkan penggunaan gula yang diproses. 
2- stevia tidak akan menggemukkan sebab ianya tiada glucose. 
3- pelbagai menu telah kami guna dalam masakan dan minuman dengan stevia. 
a- kuih cara
b-bubur jagung
c- pengat pisang
d- air teh/guna/sirap
e- cereal menu saparan pagi /supper 
f- oat menu sarapan pagi

4- berdasarkan pengalaman sendiri, bila seorang pesakit kecing manis yang telah melalui pembedahan buang isi tapak kaki, setelah keluar daripada hospital beliau telah mengikut nasihat doktor tiada lagi gula. 
She is so depress. Biasalah orang yang sudah senior citizen, makan tawar, minum tawar. Hilang selera masakan. Jadi badan pun lemah. 
Bila saya berikan dia stevia rcc ini, beliau letakkan setitik dlm minuman kopi dan air teh.
Alhamdulillah, lukanya cepat kering, walau pun dia ambil air manis (stevia) bacaan gula dalam badan tidak lagi naik macam dulu.
Saya ada menyampaikan kepada beliau bahawa berdasarkan testimoni steviarcc, boleh digunakan untuk titik atau letakkan dalam sedikit air dan dibasuhkan pada luka kencing manis itu, insyaAllah akan cepat kering. 
Bukan setakat makan , pakai secara luaran pun boleh. lebih cepat kesannya, 

Itu pengalaman saya, macam mana pengalaman you all yang lain. 


1 titik #steviarcc bersamaan 3 sudu teh gula. Cukup manis tu.
sebotol boleh sehingga 300 titik. 
1 titik #steviarcc untuk 200ml air.

Bahan SteviaRCC: stevia extract & Reverse Osmosis Water.

Jika berkenan : WA 013 3191256
Sebotol RM50 
Jom jadi ahli, anda lebih untung , sebotol RM30.

Resepi Vegi Hot Peri-Peri


Bila dah cuba resepi Honey Chicken Garlic, dari Western nak pula ke Latin.

Resepi ni terjadi bila ada anak yang mesti nak makan pedas tidak cukup dengan honey chicken garlic sahaja, jadi terjadilah resepi Vegi Hot Peri-Peri. Reka jangan tak reka. 

Senang sempoi. 


Sedap , kepedasan alah ikut selera. Sempoi sangat, si bujang pun boleh juga. 

Bahan-Bahannya:

2 sudu besar sos Hot Peri-Peri Nandos.
Tomato Cheries
Capcicum - potong nipis
Terung Panjang - potong nipis
Lobak Merah - potong nipis
Mushroom - potong nipis 

(berapa banyak ikut kesukaan sendiri , bahan mana suka boleh dilebihkan).

Caranya:
1- Digaul semua bersekali kecuali mushroom.
2- Diletakkan sedikit minyak atas kuali pembakar
3- taburkan bahan yang dah digaul atas pembakar (atas api)
4- sekali sekala di terbalikkan , masa first time jangan terlalu awal. 
5- masukkan mushroom dan gaul.
6- diterbalikkan sekali sekala sehingga masak. 








Resepi Honey Chicken Garlic


Lama sudah masa berlalu, kesibukan diri dengan anak-anak dan keluarga tidak meluangkan masa sendiri untuk menjenguk laman ni. 
Hati ni mesti nak kongsi bila mencuba resepi yang mudah dan senang. Nak juga dikongsikan dengan ibu-ibu yang kesuntukan masa atau kebuntuan resepi. 

Nak pula resepi yang tak pedas sesuai untuk anak-anak. 

Kali ni bila duk jenguk-jenguk FB suka la nak tengok resepi yang dikongsi apatah lagi bila resepi tu mudah. Bila bahan-bahan dirumah dah ada apa lagi macam BONUS pulak.



Honey Chicken Ginger


Bahan-bahan Utama:

8 keping - Chicken Fillet 
4 biji - potato - dipotong dadu besar ibu jari

(A) Bahan-bahan untuk marinade- Mix & Gaul:
1 sudu besar Olive Oil
1 sudu besar Mustard
3 sudu besar Madu
1/2 sudu teh Oregano (dried)
1/2 sudu teh basil (dried)
1/2 sudu teh basil (dried) (dlm kes ni saya guna leaves sbb dried habis)
1/2 sudu teh garam
3 ulas bawang putih (ditumbuk /disagat)

Caranya :
Bahagikan bahan untuk marinade (A) kepada 2 bahagian
(a) 1 bahagian digaulkan dengan ayam dan marinade 1 jam
(b) 1 bahagian lagi digaulkan dengan potato + 1 sudu teh minyak masak.

Diatur ayam dan potato atas bekas dan dibakar untuk 250C selama 35 minit.

*****************************
Senangkan. Itu jer. 

Tips:
1- saya beli chicken filet di supermarket /mydin
2- kalau yang ada kecing manis tak boleh ambil madu boleh ganti dengan stevia. 
Stevia - masukkan 2 titik sudah mencukupi
3- kalau tak sempat saya marinade 15 minit jer, tapi saya cucuk-cucuk sikit ayam tu dengan garfu supaya bahan masuk ke dalam isi ayam. 
4- kalau tak ada masa boleh bakar atas dapur, letak atas non-stick pan dengan sedikit minyak masak/olive oil, Sekali sekala terbalikkan. 




Resepi ini sesuai untuk nak ber-western, anak-anak yang tak suka pedas, diri yang tak suka pedas dan nak cepat. Nak meratah jer pun dah cukup dengan adanya ayam bersama kentang - siap protein dan carbohydrate.

Original boleh layari di: